Ingat masa aku cerita yang last sem aku dengar benda main tarik-tarik beg kat tangga level aku sampaikan aku berbulu gila sbb annoying sangat bunyi dia. Kalo korg rasa itu scary, harini aku ada story yang lebih scary sampaikan aku tertanya-tanya apesal kalo org histeria, ramai gila dok berkumpul kat budak tuh, sbb yang aku tau org yang menolong dalam 4-5 org je tpi yang tolong tengok tu tak rasa ape-ape ke?
Malam semalam aku penat sangat. Jadi lepas habis test management accounting (costing) dalam kol 10.15pm camtu, aku teros balik bilik dan makan. Ikot plan nak main game Cluedo tuh, tpi taukeh-taukeh (aku n ayu) semua K.O. Kak ayu dah tido dulu. Jadi tinggal aku, kak piqa n kak hanim. Tapi since aku pon tido sekali, tinggal la dorg berdua melayan show korea ape tah.
Yang aku tau, aku tido dlm kol 11.45 camtuh. Zzzzzzzzz. Skali;
''ARRRKHHH!!! Aaaaaaarrrrrhhhhh!!!! Aaaaaaa!!!!!!!!!!!'' *Sumpah kuat gila babi*
Ok, aku yang tengah separa sedar (mata tido, telinga je yg bangun) pun boleh terdengar. Dalam kepala aku;
''Ni mesti Hanim eksited tgk Jae Jong kat show korea tuh.''
Sambung tido.
TAPI dah dia punya jerit tuh dah sampai dah lebih seploh kali dan lama gila, takkan pulak hanim yang jerit. Ok relaks, jangan panic Y, sbb kalo ko ngilai sama nescaya akan ngilai la satu bilik.
Jadi, aku terus bangun. Muka aku sebijik gambar bawah ni
Ye la punya sedap aku tido, skali terjaga jugak. Aku tengok jam, betol2 pukul 1am. Aku terus tanya dorg;
Aku: *muka mamai* kak ape kes dowh jerit kuat gila babi.
Piqa: budak histeria Y. eh sumpah scary gila dia jerit dowh! Akak takut ni!
Ayu: *tetiba terjaga jugak* weyh gila kuat!! dah dah piqa tutup telinga. Jangan dengar.
Aku: oowh histeria, aku ingat hanim yg jerit sbb eksited tgk mamat korea hensem.
Aku try cari asal jeritan tuh, aku rasa betol-betol kat court badminton kolej aku. Yang dorg pulak suruh aku usha ikot tingkap. Aaaaaah!! Sori! Kang usha punya usha, dia jeling aku balik apa macam.
Skali org ketuk pintu bilik ktrog, ''Weyh korang!! tutup tingkap!!!''. Ok aku tutup tingkap tapi masalahnya tingkap yang berlubang betol2 sebelah katil aku tuh, kau nak tutup macam mana? Jadi disini ye adik-adik, kita redha, tawakal dan baca Yassin sekuat hati saja lah. Tak pon talipon mak yang tengah sedap membuta di rumah, tapi akak tak talipon sbb malas nak dengar bebelan pepagi buta.
ok sambung dialog,
Hanim: weyh takut arkh! aku nak balik bilik aku! *terus lari -.-*
Piqa: eh! dah la piqa x semayang lagi ni. Takut arr nak gi toilet.
Aku: ala nnti Y teman la. Kita baca Yassin skali. Akak punya terkejut ni sama la mcm aku punya terkejut bila nampak muka budak lepas histeria haritu.
Ok zaaas! Pegi toilet, amik air semayang, terus baca Yassin *tangan mengigil sbb terkejut, efek lambat sbb aku mamai kot*. Aku teros mengamuk sbb tido sudah diganggu.
Tapi apa mau buat, benda dah nak jadi. Kalo aku nak ngamuk pun tak de guna, sbb lagi kesian dkat budak yg kena histeria tu instead of, aku yang baru nak merasai kenikmatan tido selepas 2-3 hari tak lena risaukan test.
nota kaki: Term mengamuk yang digunakan adalah disebabkan perasaan takut+susah nak tido balik apabila sudah terjaga.
Masa aku nak tido balik tu punya lah hazab. Takat bunyi kipas pon aku dah rasa nak bersilat apatah lagi nak tido mengadap ke tingkap. Tapi bila fikir balik, tido lagi penting, jadi lantaaak! Aku belasah je janji syok tido.
p/s: kak piqa kata, jeritan dia part depan suara lain, part blakang suara lain tpi aku dgar pulak, 1st jeritan suara halus, 2nd pulak besar sikit suara dia, 3rd halus balik. Konon berselang seli pulak lontaran vokal beliau. Ya Allah, kau lindungilah ktorg satu bilik ni.
So, moral of the story is, duduk bilik diam diam sudaaaah!
No comments:
Post a Comment