Harini aku mengalami kengantukkkan yang teramat sgt, sampaikan kat kelas english tdi pon aku hampir nak tido. (read: hampir ok). Ni semua sbb kes aku telah dibangunkan tanpa sebab semalam.
Since malam sabtu, aku tido lewat sbb buat meeting geng dia headquarters (bilik kak wan) sampai pukul 2, jadi dgn niat mau bangun agak2 kol seploh paling awal. Ok confiden gila kan.
And hari ahad tu pulak akak2 aku semua ada aktiviti fakulti lagi. Aku x ikot sbb dorg wat sukan-sukan semua, kang tetiba aku berlari sama, jatuh market I ok nokss. So ahad dinobatkan sebagai hari al-tidurun.
Yang aku perasan aku ada tersedar kejap dlm kol 7 gitu tpi sambung balik tido.. Siap mimpi Deja Moss buat concert lagi. Skali;
Tok tok tok!!!!!! (bunyi ketuk pintu)
''WHY!!!!! OH WHY!!!! BANGUN!!!!! WHY!! BANGUN!!!!''
aku terjaga. ok kenal ini suara bidadari bongsu aimuni yang punya. Aku terus bangun bukak pintu, skali nampak kak ieda.
Aku: akak. apehal ngan si aimunini tuh? dia panggil y kan tadi?
Ieda: haah, tpi akak dah suroh dia jgn kacau y tido tadi.
aku: oh..siap kau aimuni!
Terus aku masuk bilik cek jam, baru pukul 9.
Cis!
Dalam kol 11 lebih aku fb kak muni (nampak tak betapa malas aku nak berjalan ke bilik dorg, padahal 5 langkah je dah sampai)
aku: akak, apehal panggil aku tadi?
dia: aku saje je. jeles tgk ko tido lama sgt tpi aku kne bgun awal. ingat nak tekup muka ko ngan bantal teros tpi aku dah lambat.
aku: hahaha gila la pompuan ni. (dalam masa yang sama dia komen pasal gambar dia yg aku upload kat fb)
dia: weyh! burok seyh gambar aku!! delete!! delete!!
aku: muahaha tak nak tu la balasan gerak aku pgi tadi
dia: sampai hati ko kan. aku nak kejutkan ex-roomate aku utk bgun subuh, last2 ni balasan aku dapat..
aku: kak, bila masa subuh pukul 9 dowh?!!
beliau terus tak reply tpi sejam kemudian masuk bilik aku, teros landing atas katil aku buat taik mata.
-.-''
p/s: beliaulah salah sorg kakak kesayangan saya.
No comments:
Post a Comment