Sunday, January 8, 2012

Jemputan VIP main-main

Malam semalam budak2 public admin ada buat function.  Aku pegi.  Tpi aku bukan function crasher ok sbb budak fakulti lain pun boleh pegi jugak.  Aku lain sikit sbb dapat jemputan special punya dari akak aku, si bidadari bongsu aimuni.


beliau adalah yang di sebelah kanan ok.  Belah kiri tu kak athirah.  Kurang kenal tapi beliau mmg baik.

Cam gini cerita dia.  Pada suatu malam yang kelam sbb lampu bilik aku makin lama makin malap, sambil aku online tetiba kak muni masuk bilik.  

Kak muni: Y! nnti esok ikot ktorg tgk mak (kak hanim) ngan piqa boria tau!! kat Dewan Taming Sari.  Ikot tau!! Jom lah!!

ok set!!! confirm aku pegi.  Lagipon ada exchange student from Germany, Belgium. USA and France dtg, jadi baik aku ikot utk cuci mata dari tercangak tgk running man episod sama patploh kali kat bilik.

p/s: maaf gambar international student tak ada sbb aku malas nak buat publisiti murahan since aku lapar sgt, so x de mood.  Lagipon bukan majlis fakulti aku, jadi segan banyak.

Majlis went well.  Seronok lah jugak dpt tgk performance.  Terubat hati aku since tak dpt pegi tgk concert Evanescence februari ni.   *nangis*

Btw, gambar performance aku tak tangkap sbb fokus menonton, maka gambar mereka-mereka yang terlibat utk menambahkan gila aku adalah.

Contoh:


dari kiri: Kak Ieda n Ayu.  Kak Ieda tu jugak bisnes sama ngan aku. Tapi ktorg suka berlakon ambik banyak-banyak diploma.

Aku stakat ni memegang karektor pelajar yg ambik 3 diploma
a) Bisnes
b) Public admin (sbb function dorg je mesti aku wujud utk nyibuk)
c) Art design (sbb aku dipertanggungjawabkan utk lukis gambar especially utk presentation atau aktiviti hias bilik)

Kak Ieda ada 3 diploma
a) bisnes
b) public admin (sama situasi dgn aku)
c) crime clue-dowh! (game card yg aku beli tu)

Kak Ayu ada 3 diploma
a) public admin
b) diploma kebombaan (koko beliau adalah kadet bomba) 
c) seni tari dan lakonan

hebat tak ktorg?


yang tengah cun melecun baju hijau tu adalah Teha. kakak jugak tpi x suka org panggil dia kakak, jadi aku panggil beliau papa.  Yang paling kanan tuh lisa surihani ratu merak kayangan (sbb aku pakai earring bulu merak)


Inilah mereka-mereka yang banyak mengajar aku utk jadi manusia gila (selain drpd cik mowt, iema, nad n echa).  Lagi 4 org tak de dlm gambar ni.  Aku tak tau dorg duduk kat mana. keh keh keh.

ok mau mandi.

No comments:

This blog belongs to Amirah Y a.k.a Kak Long Wayer