Wednesday, November 30, 2011

Cerewet

Cik bonda kata aku ni cerewet.  What she meant was, aku ni lagi gila babi punya cerewet dari dia.  Confirm aku x ngaku, tapi sejak aku mentarbiyahkan diri kejap tadi, baru aku perasan yg mmg aku cerewet gila.


Tapi aku ada alasan yg kukuh kenapa aku cerewet.


1) Buat betul-betul


Aku cukup pantang kalo org wat keja ngan aku tapi malas dia kemain lagi.  Pastu buat macam nak tak nak tapi nak work ngan aku.  boleh?


2) Rajin tanya


Ok aku bukan lah nak poyo aku tau semua benda.  Bnyk gak benda yg aku tak tau, tapi kita boleh share information sesama sendiri kaaan?   Ini tak, kalo tak tau buat bodo je pastu causing the whole system or activity jiwa kacau, x ikut according to plan.  Mmg la kita kena fleksible tapi kita kena ada plan jugak.  Tapi kalo ko x ikot plan, even plan yg senang dan remeh pon confirm barai beb. (eh apesal dari rajin tanya kpd tak ikot plan ni? demm..)


3) Lepas tangan


Bila tak tau x nak tanya, nak buat sendiri.  Ok buat!  Pastu bila salah, dan suruh betolkan balik bagi macam2 alasan.  Senang nak lepas tangan, tapi aku pown senang gak nak lepas kaki kat muka orang mcm ni.


4) Idea


Aku tak boleh kalo dlm group work, tetiba sorg je yg bagi idea pastu dia la yg kena tulis semua benda, dia la jadi tukang pikir, dia la jadi tukang cakap.  Kalo camtu baik dia sorg je buat.  Yang lain diam tu apesal, at least tolong la tulis ke ape ke.  Kalo bagi idea bangang pown boleh jugak, janji sama2 buat kerja.  Tapi ni takat duduk dlm group tak buat pape baik tak payah, pastu bila nak present dah x tau ape nak cakap.  Ingatkan kalo diam tu berisi x pe jugak, balik2 kosong je.  


5) Mengajuk time presentation


Aku rasa nak lempang kalo org tak de adab bila group lain present.  Maksud aku, kalo takat bergurau-gurau nak release stress member yg tengah present tu x pe la, tapi tetiba yg mcm nak mengajuk and ejek org yg tengah present tu apesal?  Ok kalo ko bagus, ko terer nak present, itu no hal bagi aku sbb kira mmg layak utk ko ejek org lain sbb ko present perfect habis.  Tapi takat budak darjah 3 pown boleh present lagi baik dari ko, baik dok diam2 cuba respect member yg separuh mati tahan tensen dan menggigil kat depan tu.


6) Tolak kerja


Aku geram bila member suka tolak kerja kat member lain.  Ni another version of lepas tangan la.  Mentang2 member tu lagi advance (aku tak ckp aku advance) dari ko, semua kerja ko tolak kat dia.  So, bila masa ko nak belajar utk buat benda2 yg kononnya advance tuh?  Kalo tak buat sampai bila-bila takkan tau, at least try lah.  Kalo salah mesti org tolong utk betulkan, x mati pon.  Pastu bila suruh buat, confirm bagi alasan mcm ni;


''Ala ko kan terer bab2 ni, ko je la..aku mane la reti benda2 camni''


Soalan dari aku;


''Sampai bila nak jadi bodoh?''


So itulah antara alasan utama aku ni jadi cerewet sbb aku tak tahan tgk org buat kerja tak serupa bikin.  Cincai-cincai segala.  Kalo nak buat, buat betol2 tapi kalo tak nak buat pegi berambus, jgn menyusahkan org lain nak cover kerja ko.


Setel.


garang tak aku? muahaha



Saturday, November 26, 2011

Tema: Berkabung

Semalam hari jumaat, kelas pagi pulak tu jadi aku mmg berbulu gila nak bangun awal2.  Tapi semangat punya pasal, pastu aku agak2 tau akibat kalo ponteng tanpa sebab (mungkin terajang free dari cik bonda), jadi aku pegi je la.


Tema aku, cik mowt n echa adelah black berkabung.  Hua hua hua mungkin berkabung atas kematian lipas di depan bilik aku kot.  X sangka gileeewwwwww ktorg bertiga pakai black.  Btw, cantik dowh songket ko echa!!!!


Photobucket
*traditional goth*

Apesal muka aku tetiba jadi mcm memey suhaiza pulok ni?  Mana lisa?? Mana lisa????


Photobucket
Tak perlu utk aku jelaskan lagi.  Ternyata budak tudung ungu di belakang aku tu kurang normal.  Kajian masih dijalankan untuk mengenal pasti punca-punca beliau menjadi sebegitu.


Kelas account kitorg gabung dgn kelas A dan C.  So, mmg complete la satu row tu utk satu geng.  Tapi dah dorg laen2 sebok gospi mcam mak cik-mak cik, jadi aku ngan echa mula poyo untuk camwhoring


Photobucket


Tadaaaaa!!!  


Kalo x silap aku, pesyen rambut aku tu rasanya da 4 kali aku buat dlm minggu ni je, jadi of coz mesti kena kutuk punya especially budak terancat (nad) dan ratu menganjing (cik mowt).  Statement mereka;


''Eh Y, tocang ko tuh mmg melekat kat kepala je ke? Boleh bukak pakai bukak pakai eh?''


Sial!!!


Then pas habis kelas acc yg always buat aku mengantuk (bukan salah lecturer, tpi aku mmg suka ngantuk kalo bagi subject2 cenggini), dorg semua menggagau balik bilik kemas beg.  Ye la, cuti lama kaaaaan??  Hanya daku menjadi penunggu setia disini.


Cilake.



Friday, November 18, 2011

Sape cilok haaaah?

Pagi tadi, masa sampai kat kolej aku teringat ape bidadari bongsu aimuni bgtau aku beberapa minggu lepas.  Dia ckp lemari aku tuh berkunci sbb dia guna utk simpan barang.  Ok cun, sbb aku tau dia balik naik bas, x kan nak bwk satu bilik balik rumah masa cuti sem, jadi baju2 dia tinggal, letak dalam beg luggage tuh.

Skali bila aku masuk bilik tuh, aku nampak lemari tu dah berkopak.  Ok maybe unit kolej kopak sbb buat clearance kot.  Lantak lah tpi aku tetap call akak aku tuh utk bgitau pasal ni.  

Bila kak muni sampai, dia terus cek beg dia tkut ader barang2 yg hilang, skali hamek kaaaau!!! 14 t-shirt and 2 heels dah kena rembat.  Gila tak?

Pastu yang pelik, kalo unit kolej yang kopak, kenapa kopak lemari tu je? Lemari bilik yang laen2 x kopak pown (xcept lemari hanim).  Mesti la dorg akan cek satu2 yg berkunci kan??

And kitorg suspek ada 2 je kebarangkalian, sama ada pekerja unit kolej atau cleaner.  Tapi aku tak rasa unit kolej yang kopak lemari tuh. 

Ntah laaa...  Tapi kalo da ambik barang org, pepandai la ko pulangkan ye.  Sendiri mau ingat yang Dia nampak.

Thursday, November 17, 2011

Another Clearance Sale In Da Town Peeps!!!!

Attention!!! Attention to all mega shopaholics!!!


Sorry peeps!!! Yesterday punya tak jadi sbb kalo x silap aku Mia ade emergency, so clearance sale ni postpone to....(tgk details below)

Message from Cik Raido;

my friend, mia nak buat CLEARANCE SALE tomorrow (Thursday, 17 NOV 2011) 

she'll be selling shirts,jeans,loafers,shawls,accessories (cotton on/diva), shoes etc. (stuff for both, boys n girls)

btw, siape yang pergi garage sale farah asyura haritu, maybe tau. she's the one yg jual byk2 kasut lawa2 tu. lai lai lai! u wouldn't wanna miss it !

Location: extreme park Section 13 Shah Alam

Time: starts around 2pm


credits: photos taken from Raido..

Tuesday, November 15, 2011

Photoshoot dgn si muka belengas (aku lah tuh!)

Pagi tadi aku, aat ngan udin gi padang kat depan library utk snap2 gambar.  Motif?  Utk join satu competition ni.  Konon la leh menang tpi try je laaa..  Insyaallah kalo menang, habuan dia share 4-5 org la kot.  Gila mcm buat amal jariah dah aku.  


Tapi kaaan, aku tak tau ape masalah aku.  Asal nak tangkap gambar je mesti tetiba segan pastu muka confirm toya habis.  Kalo muka heartless tuh cun lagi, tpi muka yg ala blur2 tpi posing lawa.  Tak pon expression muka cun habis, skali bila posing cam cirit.  Kenapaaaaaaaaa????!!!! *baling camera kat dinding*


Arkh biarlah! Malas aku nak pikir.  


Pastu tadi tga sedap posing2, skali ade kereta peronda polis berenti kat sebelah padang tuh..  Bapak lama gila.  Aku pelik, apehal plak berenti pastu pandang ktorg lama gila.  Ok slagi dia tak kuar keta confirm tak de ape lah kot, cuma aku rasa dia teringin nak photoshoot skali kot.  Hua hua hua.


Pas dorg blah, aaat cakap kat aku:


''eyh Y asal kita je mesti involve polis..dulu pon kena jugak en.''


Oh shit!!!!


kes dulu tu sebenarnya tak de pape pon.  Ktorg blah (aku rasa dikira ponteng kot) dari sekolah lepas trial paper 3 bio, lepak kat mamak..  Ktorg makan2 sambil ulangkaji fizik (kat skolah x leh nak study sebab bising..boleh?).  Kebetulan ade brader2 polis datang kat meja, tnye soalan pasal subjek ktorg je.  Keewwwwwlll x?


Tpi nasib baik x kantoi.


OK Gambar! Aku letak satu dulu.


Photobucket

Friday, November 11, 2011

Aku tak paham.

Ok terangkan kat aku, apekejadah yg batak sangat pasal tarikh harini;


11/11/2011


kenapaaaaaaa???????????????

Tuesday, November 8, 2011

Bazaar For The Shopaholics!!!

If you guys are bored or got nothing to do, it would be great if you guys join this bazaar by Sera Keyya.  Prescribe for those shopaholics out there!!!

Visit Sera Keyya fb page; (click here)


KEYYA KAYYA BAZAAR VOL. 1.0 (click here for more info)


Check out their event at facebook.

Wanna be a vendor? Email them at:

serakeyya@yahoo.com


Omaigod! Sumpah kena dengar ni!!!


Aku suka gila lagu pesyen macam ni.  Kes tgk the nanny and cartoon from the 40's and 50's banyak sangat la ni.

Sunday, November 6, 2011

Beauty DIY

Please, do check out this link.  I did a diy paper butterfly inspired by a video from my previous entry.

Inspiring Eye-do: 
 Paper Butterfly
(click here)

Hope you like it.



Tadaaaaaaa!!!

p/s: scroll down for more latest post.



Saturday, November 5, 2011

Best wishes for my darling sis...


Yen, hepi bday!!!

Since aku x join dorg serbu rumah ko pagi tadi, ni gambar kek je dari aku.

Friday, November 4, 2011

Tagged by Cik Mowt tokey pinggan mangkuk

Si pinggan ni boleh pulak nak tag-tag aku memalam buta ni.  Tapi since aku x der keje sgt pown, jadi terima kasih lehh!


Step 1


* You must post these rules
* Each person must post 11 things about themselves in their journal.
* Answer the questions the tagger set for you in their post. And create 11 new questions for the people you tagged to answer.
* You have to choose 11 people to tag and link them to the post.
* Go to their page and tell them you have tagged him/her.
* No tag backs. 
* No stuff in the tagging section about 'You are tagged if you're reading this' you legitimately (a.k.a really, trust, with all honesty) have to tag 11 people.



Step 2


*copy paste balik dari tagged by amer

11 perkara pasal aku
1- aku sangat saiko.  seriusly aku tak normal bila lepak ngan member2 aku
2- kalo dari belakang, orang ingat aku lelaki 
3- aku antara manusia yg sangat sadis dan kejam
4- aku punya bulu kaki lurus, bukan kerinting
5- aku sengau
6- mata aku secara ori adelah kaler brown
7- rambut aku secara natural adalah brunette
8- if i could turn back the time, i want to do the things that i didn't do masa prom.
9- aku tak suka orang bajet bagus.
10- aku suka masak tapi malas
11- kalo mula2 orang nampak aku, dorg kata aku sombong, poyo, and kerek tpi for real aku friendly, suka buat lawak, hebat bab2 mengilai, dan suka sosial2 kat mamak.

Ok yang bawah ni, soalan dari tokeh pinggan tersebut.  Dia gelarkan aku ''Model Singh''. 

Step 3 

1.one word about me please (sejujurnya)
= Gilooooooooooo

2.what or who in your mind now?
= kalo what, what is my result.  kalo who, who would be my husband.

3.hmm. apakah benda kegemaran anda. BENDA (kasi paham haa)
= pisaaaau! lagi tajam lagi cunn!

4.if you in love with someone's girly or boyfie. what would you do? (jgan cakap kau pendam. tu keje aku jehh. hkahha. kejam)
= aku tak buat pape.  dah bukan rezeki aku nak buat camne.  biarkaaaaaan je.

5.antara Amir Khan, Aaron Aziz dan Lee Min ho (xde plak mat korea huruf A) manakah pilihan anda? dan kenapa kenapa?
=Aaron Aziz! Min Ho no no!!!! jambu..cheq geli nok *tpi dia hensem gak*

6.perangai buruk aku, si tukang soal
= suara kau bila jerit memekakkan telinga aku

7.apa benda malu yang kau pernah buat dekat lelaki kalau kau perempuan dan sebaliknya
= aku tak buat la..namanya pun benda memalukan.  tunjuk bulu kaki tak amik kira ok.

8.haa. kalau laa kau akhirnya tak bahagia dengan orang yang kau tunggu selama ni. apa kau rasa?
= rasaa tak bahagia lah! maybe create sims version of him and let him drown in the pool or burn to death.

9.tabiat buruk hampa?
= suka korek idung senyap-senyap. eh.

10.movies apa yang kau syorkan kat aku sekarang ni (tak kire melayu ke english ke korea ke apa apa laa. ye, aku bosan so jawab ehh)
= ape2 movie yg aku lisa surihani berlakon

11.pandai tak aku mengira? hakhahaa (bukan tu soalan die) apa prinsip hidup kau?
= prinsip..hmm..Do or Die kot.

12.kalau aku suka lelaki sweet, kau suka cmne? one word jehh!
= aku taknak one word! aku punya mesti lebih! <--sial palis.  ok mesti mau hensem, baik, gangster, x tinggal solat, bulu kaki banyak.

dah dah!! aku dah siap!! puas hati kaaau??

Step 4


Soalan dari aku

1. Aku top dengan nama ape? (listkan nickname aku)
2. Berapa harga inai yg aku guna utk kaler kuku dan rambut?
3. Ape motif kau utk hidup?
4. Agak-agak bila ko nak kawen?
5. Ape reaksi ko kalo tetiba org yg ko tak suka menyalak dpn muka ko?
6. What will you use to kill someone?
7. Synyster Gates, Zacky Vengeance, Zizan Raja Lawak, atau Rajinikanth?
8. The language that you're dying to learn?
9. Are you Shopaholic, Bookaholic, Chocoholic or just desprate?
10. Patutkah aku beli blackberry 9300?
11. Describe aku.  Kasi panjang punya pun boleh.

Dah setel.

Terima kasih daun ketom.

*updated*

aku jugak ditag oleh makcik cina ecah ni..sori aku baru perasan dowh. jadi aku jwb je la bagi cukup syarat.

1. Sepanjang hidup korang, pernah tak lalui bende yang paling memalukan..Story jujur di sini ye
= Alah bnyk kali tpi aku je x ingat. X nak ingat pun. eh jap, jatuh tangga masa form 3 depan senior aku yg hot2..pundek gila.

2. Korang punye angan-angan Mr Right macam mane eik???
= Macam ni;
yang belah kanan ye adik-adik. belah kiri tu zacky vengeance, bagi aku dia sangat macho. tpi belah kanan lagi syok.

3. Pernah tak korang buat bende pelik?
= lain kali tanya aku soalan ''pernah x korg tak buat benda pelik''.

4. Ape kelebihan korang ade yang orang laen tak tau
= aku berupaya kentut tanpa pengetahuan sesiapa pun.  tetiba ade bau je, tpi mmg aku tak kan mengaku la. nehi ok nehiiiiiii!

5. Apa status FB or Twitter terakhir korang
= Cuti sem, apesal kau x boleh lama lagi??

6. Bile korang kawin nanti,wedding korang,korang nak buat theme ape?
= Gothic-vampiric graveyard <--waah over kau!

7. Ape bende yang korang fobia or trauma?
= menatang ni;
 8 .Movie or drama yang korang tak boleh lupe sampai sekarang?
= Titanic, bikin gua nangis sampai bengkak-bengkak mata ok.

9. Kenangan zaman tadika yang paling korang ingat sampai sekarang
= Aku buat perangai gegar pagar tadika aku sbb aku nak balik.  sial palis punya perangai kan?

10 .Listkan barang-barang dalam handbag korang
= Fon, wallet, minyak cap kapak, duit syilling, kekadang telekung, notebook, pen, sampah, jin, eh.

11. Kalau korang sedeh,macam mane korang hilangkan sedey korang tu?korang buat ape eik
= aku nangis daaaa.  tapi ikut level sedih la.  kalo melampau aku akan dok diam2 tunggu gelap sikit baru aku meraung kekadang sampai 2-3 hari baru aku meraung.  Kalo sedih takat addmaths fail, aku gelak je lah.


Thursday, November 3, 2011

Missed my sims

omaigod! sumpah aku buat mcm ni

only applicable for my adopted children only.muahaha

Wednesday, November 2, 2011

entri x de motif

Minggu lepas or dua minggu lepas (aku x ingat), aku ada tertengok cerita lakonan alif satar dgn ni-alaaa-pelakon-cite-tentang bulan-tuh-ok- seriyes-tak-ingat-nama.  Kat astro prima x silap.  Paling aku rasa x leh blah adalah tajuk dia ''Lari sayang lari!!!''  dan adelah scene tunjuk awek cun ni jerit ''lari sayang lariiiiiiiiiiiiiiiii'' kat balak dia.


ok aku rasa agak klaka la tajuk dia, lakonan semua cun tpi tajuk dia membuat kan aku gelak sebab aku teringat satu scene kat cerita scary movie 1, mase sorg member ni kena interview skali dia cakap;


''run bitch, runnnnnnn!!!''


dan aku rasa scary movie punya sangat catchy.


ok tu je.



This blog belongs to Amirah Y a.k.a Kak Long Wayer