Written by Amirah Why
Sebut pasal
teater, aku memang tak pernah jejak langsung menonton pementasan teater secara
rasmi macam ni. Kecuali lah masa sekolah
rendah, cikgu paksa budak-budak sebaya aku berlakon pementasan untuk Hari Guru
dan aku masa tu juga turut dinobatkan sebagai mangsa yang harus berlakon
menjadi penari istana. What the hell…
So basically
aku memang interested untuk tau pasal kejadah apa motif diorang buat teater ni,
apa yang nak cuba disampaikan dekat orang ramai especially yang bukan geng
underground. Makanya pada hari kejadian,
dengan masalah buta jalan walaupun ada Waze, Alhamdulillah muncul juga aku (dan
sorang lagi member) di Oasis Square Ara Damansara.
Masa tu ramai
dah yang sampai, semua budak budak underground daripada yang pakai tshirt band
sampai ke yang full dress up berkumpul dengan harmoni dekat area pintu masuk
dewan tu. Aku pun terus pegi terjah
kaunter untuk claim ticket yang aku dah book siap2 dekat kakak cantik macam model
tu (ehem hi Hana aku nak mekdi cheesebeger 2 set. Thank you!).
Yang bagus dorg
ni time management power. Takde
janji-janji Melayu, cukup time je semua masuk koyak ticket, cari tempat duduk
free seating kat dalam tu. Yang lambat
masuk, memang kene duduk luar lah jawabnya.
Paling aku tak boleh blah masa tu, tetiba Ziddy muncul. Power betul marketing sampai Ziddy pon boleh
interested nak layan teater ni.
Walawehhh!
Tepat pada
waktu, lighting ditutup, hanya spotlight pada pentas sahaja dimulakan dengan
scene yang pertama. Terus semua yang
datang bagi 100% fokus. Fokus pun fokus
juga tapi aku rasa dorg ni gila babi impressed sebenarnya tengok Arep Hutch
berlakon sebagai bapak. Punya power
sampai aku rasa mcm kene marah dengan bapak aku sendiri wei. Trauma jugak la masa tu.
Scene by scene
dijalankan dengan baik, semua aku tengok betul2 menghayati watak
masing-masing. Yang jadi anak dato’ tu
betul2 riak macam Alif Syukri (oops!), yang jadi brutal bukan main punya
auummm, yang meragut betul2 feeling nak merembat. Ini bukti yang diorang memang buat practise
betul2. Aku tak nafikan preparation
lakonan memang tiptop, delivery tu sampai lah.
Kalo tak sampai aku boleh call abang delivery.
Aku paling suka
sebab nilai yang disampaikan tu adalah nilai yang setiap makhluk dari scene
underground ni struggle untuk sampaikan kepada orang lain. Metal dikatanya puja syaitan, Gothic dikatakan pergaulan bebas dan
macam-macam lagi lah. Aku sendiri pon
pernah kena masa pergi camping zaman university dulu. Ada ke tiba-tiba naik gambar Gothic kat slide
power point lepas tu membabi buta penceramah tu cakap pergaulan bebas, kaki
arak/ dadah. Ehhh halo pulis!!!!
Tak adilkan
untuk orang-orang seperti kami ni dituduh macam tu. Jadi ini lah motif sebenar teater ni diwujudkan. Ia dijadikan sebagai satu suara dari kami
semua untuk memberitahu yang kita ni semua sama je macam orang lain. Cuma
fesyen dan color scheme saja lain dari yang bukan underground. Dekat rumah pon sama je, kalo kaki club mak
marah pegi club, yang kami ni kaki gig, mak marah pegi gig. All the same but with different interest dan
sebab tu la geng underground ni bukan dari bangsa2 judgemental. Kitorang ni chill je sebenarnya, orang je
takut dengan kitorang sebab apprearance.
Padahal kami ni kalo mak marah, kecut telur bhai, yang perempuan kecut
ovari.
In conclusion,
I would like to say thank you to the production team sebab telah menjayakan
teater ni. Motif simple je tapi simple
ni lah akan membuka mata masyarakat mengenai kehidupan orang-orang seperti
kami.
Image by Legacy Lensa
No comments:
Post a Comment