Harini sembang melayu la eh. Aku malas nak jadi lots of mix. Also, entri kali ni bukan tujuan untuk kecam atau kecikkan orang lain tapi more on luahan dan explanation kenapa aku buat desicion mcm ni dan desicion ni mmg impak dia smpai skrg aku mcm benak sgt nak pegang muka orang untuk mekap. Wlaupon takde drama tarik2 rambut tapi aku mmg serik.
Sebenarnya aku tanak pon citer pasal ni sbb blaku dgn org terdekat, ntah2 dia pon baca blog ni tapi haritu kawan aku datang rumah lepak membawang dan terbukak la pasal cerita mengandam ni, jadi aku cerita je la harap jadi teladan la kot.
Tak dinafikan jugak aku bnyk kekurang dalam skill makeup tapi you will get the point here bila dah tau cerita.
So, tahun around 2014- 2016 time zaman makeup semua tgah naik, aku pon ade la ambik jobs kecik2 untuk makeupkan orang. Nak kata aku ni MUA prominent jauh sekali laaa. Orang lain dah sampai ke langit, aku dalam gua berselimut lagi la. Also job aku makeup pon tak ambil harga mahal2 aku mmg caj ciput je tu pon sbb aku kata pakai makeup yg ori dan branded. Mmg betul pon original sbb aku ni keje perabih duit bapak aku kat Sephora je HAHAHSHADAP!!!!
Jadi kat UiTM dulu ade la aku ambik jobs untuk budak2 yg nak pegi dinner la ape la. Sikit2 janji ade la duit bekap untuk aku buat belanja. Makeup diri sendiri pon ade la aku upload kat IG semua sampai la satu tahap ni aku dapat offer dari sorg akak ni untuk buat makeup akad & sanding. Masa tu aku intern, dan aku mcm terharu gila sbb akak ni sungguh2 nak aku mekapkan. Aku jujur cakap mmg tak biasa buat bridal, mungkin barang pon tak cukup dan aku takut tak dapat puaskan hati semua tapi dia insist jugak. So aku on je la. Aku caj satu session (2 session la sbb akad and sanding hari lain2) pon berapa je ntah x igt tapi tak sampai RM450 pon, tu pon caj ikut products dan bukan man power sgt pon.
Ok jadi masa berbincang tu, akak ni cakap nak makeup bridal tapi tak tebal. Aku SHOOKETH!!!! Aku cakap bnyk kali kat dia makeup bridal mmg tak digalakkan nipis dan kene tebal sbb faktor-faktor penting mcm photoghraphy, tahan lama dan etc la. Apa2 logik pasal kenapa makeup tebal mmg aku brief kat dia. Lepas dia tepek aku jawapan yg smpai skrg menghantui diri aku;
"Tu la I dah cakap dgn hubby I tapi dia cakap dia tak suka I makeup tebal sbb dia nak masa nikah/sanding muka I makeup exactly mcm I makeup biasa2 je sbb dia suka I mcm tu."
WHAT THE FUCK?!
Wei aku terkesima, sbb skrg ni yg tersepit ditengah-tengah adalah aku. Aku dibayar untuk bagi all out untuk pengantin nampak cantik, tapi suami tanak dan pengantin ikut cakap suami. Masa tu aku tak tau aku ni nak derhaka kat siapa. Dehaka kat orang yang bayar servis aku ke atau dehaka kat suami dia mcm la laki dia tu laki aku HAHAHAHAHAHA.
Kau baca bende ni kau rasa mcm alaaaa rilek la. Bitch kau diam sbb MEMANG TAK BOLEH NAK RILEKS. Jadi untuk akad aku mcm akur, sbb akad je pon dan majlisnya buat sederhana dan sweet. Jadi bila tiba makeup sanding aku terpaksa telan 100% request client aku ni, masa tu aku dah tak nak fikir apa2. Aku mcm cakap dgn diri aku, ok tak pe kau buat je, buat cecantik like ape akak ni request and buat supaya dia tak kene maki dgn laki dia and so on. Ye la kita pon tak tau hal laki bini kan, jadi aku cuba win-win kan semua orang.
Jadi tahun 2018 ni la baru terbukak cerita pasal ni, as referred above aku membawang ngan kawan aku yg dtg rumah haritu. Dia tanya la apesal makeup akak tu aku buat like nampak so-so dari jauh. Ala korg pon tau kan kalo pengantin tu makeup dia dari jauh kau dah tau berapa centimeter tebal foundation mak andam dia tepek kan. So aku citer la apa yg aku citer kat atas ni. Baru la kawan aku cakap make sense, sbb dia pelik apehal makeup gitu je, dan husnuzon la mungkin duduk meja jauh katanya.
Aku tak sentap langsung tapi aku tak boleh nak letakkan diri aku lagi dalam situasi drama mcm ni. Ni baru satu pengantin beb. Kau bayangkan pengantin lain? Also mak cik bawang yang lain????? Parah wei.
Aku taknak sebab kerja aku, laki bini bergaduh. Aku tau isu ni pasal makeup je pon, hek eleh kecoh la pompuan ni TAPI kau kena tau laki bini punya gaduh pasal nasik sebutir pon boleh naik court wei. Laki aku bawak kereta laju langgar bump kat jalan pon aku ni mcm nak keluar parang dah kau rasa?
Jadi sejak tu aku decide aku taknak even being considered untuk jadi troublemaker dengan isu mcm ni. Aku nak peace of mind je untuk semua orang.
So drpd orang bukak mulut pasal kerja MUA aku ni, tak cantik la, dull la, baik aku back off sebelum ade fixed market, sebab yang tau hal-hal bangang mcm ni pon selalunya MUA dan pengantin je. Takkan aku MUA nak pegi kat meja semua orang membawang pasal isu-isu mcm ni kan?
Lagi satu buat aku rasa berat, walaupun aku ni money oriented dan sebis MUA aku ni memang murah, tapi aku taknak la sebabkan aku ni gila duit sampai dah tak tau nilai berkat tu. Aku bukan ustazah tapi aku tanak la duit yg aku buat muka orang lepas tu tak berkat last-last muka aku yg terbakor pulak. Haaaa tepukkkkk!
Haritu adik client ni pon ade mintak aku buat MUA untuk majlis dia, aku tak fikir apa terus rejek salah satu sebab isu ni la also, aku mmg dah declutter bnyk makeup aku so supplies confirm tak cukup.
Jadi itulah ceritanya kenapa aku betul2 stop buat MUA. Dinner ke apa ke memang aku said no. Tipu la tak teringin nak mengandam lagi tapi aku rasa baik aku elak drama kot.
Meh sini aku bertukar jadi azwan ali jap; Abang2 kat luar sana aku rasa banyak lagi isu yg boleh jadikan bini kau dehaka kot. Tapi please jangan jadikan makeup pengantin salah satu daripada tu. Bini ko sayang ko, dia nak cantik tapi tak pepasal kes makeup pon dia kene ikut cakap ko, belum lagi sedara mara membawang kutuk belakang kenapa takde seri, kenapa hambar, kenapa kelam. Weiii bini ko tak cantik kau jgn cakap aku tepuk eh. Aku jumpa lagi laki mentaliti mcm ni mmg aku rodok bijik mata kau dgn berus makeup.
Sekian.
--------------------------------------------------------
Sabtu lepas laki aku last minute request untuk jadi MUA buat corpse paint untuk battle of the band contestant. Tak tau corpse paint tu apa sila google. Orang biasa mungkin rasa bende tu scary tapi untuk aku it feels truly at home. Juga aku bukan SFX artist ok, jangan memacam buat konspirasi. Alhamdulillah aku caj RM10 je satu kepala kat dorang tapi jiwa aku tenang takde drama, band tu pun menang 3rd runner up. Aku rasa tu la RM50 paling berkat. Wallahualam.
Instagram: @cycrypticmy
-----------------------------------------------
Wanna shop at Zalora at a bargain?
Use my code: ZBAPZDEB